HASYA'S COLLECTION GIVEAWAY

1)husna
2)Nrl Ndh
3)zarna


terima kasih sebab jemput saya.. =)

MACAM MANA BENTUK UJIAN MEDSI YE???





Selamat petang semua, Pernah dengar tentang ujian medsi tak?? iqa sumpah tak tahu tu ape..*tet !!!!

Semalam dan pagi tadi adalah suatu situasi yang sangat mengecewakan iqa.. Yelah, dalam pukul 10.58 pm malam tadi.. Iqa dapat mesej daripada UPSI.. But iqa dah tidur dah..dalam pukul 12.30 iqa bagun cek henfon takut buah hati mesej*cewah ayat macam ape lah kan..

Tengok-tengok ada tertera no 15888, jadi iqa tak layan lah,iqa balas je mesej ehem2 iqa tu,huhu..
nak dijadikan cerita iqa terpanggil nak tengok mesej daripada 15888. Sekali pandang macam tawaran UPSI, Dua kali pandang alamak UPSI jugak,, aduh,,hati dah kencang dah..UPSI cakap macam ni ha..

'RM0.00 UPSI: SILA SEMAK DAN CETAK SLIP MENDUDUKI UJIAN MEDSI BAGI PROGRAM ISMP DI : http://akademik.upsi.edu.my//kemasukan/ Medsi.html DENGAN SEGERA !!!"

Nak dijadikan cerita dalam kol 1.00 pg iqa baru cek semakan upsi tu,,Iqa cek mula-mula tak dapat..
cek lagi sekali pun tak dapat.. Lepastu masuk bilik tidur, Iqa salahkan line sebab lambat sangat dia loading.. Peluk bantal then tertidur terus.. 


Esok paginya mesej kawan tanya dapat tak mesej upsi?? dia cakap tak dapat iqa pun suruh dia semakkan lagi sekali.. Masa tu iqa dah cakap kat ibu iqa dah pagi tadi macam nie..

' Ibu,,kita tak layak lah nak masuk UPSI tu bu,,sambil buat muka sedih..'
Then ibu iqa cakap.. ' Tak pe nak,,bukan rezeki ko agaknye..bersabarlah,mungkin rezeki ko kat tempat lain..ibu doakan ko dapat sambung belajar,insyaallah dapat nak" peh goncang dunia iqa kejap..

sape lah yang tak sedih kan bila seorang ibu cakap macam tu kat kita??? ye dak.. Dalam diam iqa dah terpikir dah,kalau tak dapat upsi tu iqa nak jadi ape nanti?? macam-macam soalan iqa tanye dengan diri iqa sendiri,hmmmm...


lepas tu kawan iqa talifon,,dia cakap iqa berjaya menduduki medsi tu.. Buat muka blur kejap..ha?? aq berjaya??? cam tak caye pulak..yelah dah banyak kali cek kan..tak mungkin komputer salah.. Iqa pun lonjak lah kejap.terkinja-kinja macam beruk panggil ibu..hehehe

Alhamdulillah,,iqa layak menduduki ujian tu..syukur sangat-sangat..sebab iqa nak jadi cikgu tau..=)

ok nilah buktinya..hehehehe...



awak-awak,,doakan saya ye tak gugup jawab medsi nie..




BERKECAI KEPALA !!!! SELAMAT TINGGAL SAYANG !!!







Gambar yang nie nmpak jelas badan awek dia tegak..tapi kepala dan terputus dan betul-betul ada kat bahu kanan awek dia tu...




ya allah,,ngeri... Semoga kita diperjauhkan daripada semua nie ye...

SUBHANALLAH !!! TERKEJUT ULAR TUMPANG SOLAT..





Gambar ‘makmum’ tidak diundang yang dirakamkan oleh Md Yasin sebelum dilepaskan ke hutan.




Saya hanya berserah kepada ALLAH agar tidak dipatuk ular tersebut dan dapat menyempurnakan solat saya secepat mungkin.” Itu reaksi seorang petani, Md Yassin Saari, 53, yang dikunjungi ‘makmum’ tidak diundang ketika menunaikan solat Isyak di rumahnya di Parit Simpang Lima, di sini semalam..

Menurutnya, sewaktu kejadian jam 9.15 malam, dia sedang menunaikan solat Isyak secara bersendirian di ruang tamu rumahnya sebelum menyedari kehadiran ular di sebelahnya. “Ketika itu, saya sedang duduk tahiyat akhir dan secara tiba-tiba saya menyedari kehadiran ular yang tidak diketahui spesies berada di sebelah kiri saya.

“Saya yang ketakutan segera menyempurnakan solat secara tergesa-gesa kerana bimbang ular itu memasuki kain saya,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya, semalam. Md Yasin berkata, setelah selesai mengerjakan solat, dia bersama beberapa orang anaknya berusaha menghalau ular itu keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan mereka.
 
  “Saya tidak tergerak hati untuk membunuhnya kerana percaya ada hikmah di sebalik kehadiran ‘makmum’ tidak diundang itu ketika menunaikan solat. “Lebih menghairankan, di sebalik tindakan saya tergesa-gesa untuk menyempurnakan solat, haiwan terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah memerhatikan sahaja pergerakan saya sewaktu solat.


'Setelah berjaya ‘memujuk’ ular itu keluar dari rumah, saya mengambil keputusan untuk melepaskannya menyusuri hutan berdekatan rumah saya,” katanya.
 



p/s : Kalau ular mahu bersolat..kenapa kita tidak kan..

'' CONTEST SAYA COMEL!!








Ok,,jom join contest nie,,sgt mudah..




ini masa sambut befday kawan,,comey tak kami berempat???

hope menang lah kan contest nie..hehehe..

yg penting heppy go lucky uolls !!!


mangsa tag: budak kecik












Simple Giveaway By Nina dan Hani







Simple Giveaway by Nina & Hani
Assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga nak adakan Giveaway yang simple tetapi hadiah yang lumayan . Semoga GA ini berjalan dengan lancar dan semua dijemput untuk join . GA kali ini 2 blogger berkolabrasi bersama . Diyana Hani dan Mazelina Zaini .


Syarat-syarat :
  1. Follow Blog Mazelina , Diyana Hani  &  Sponsor (diperiksa)
  2. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway By Nina dan Hani
  3. Copy coding entry yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML & publish
  4. Like -->
  5. Letakkan URL Entry GA di ruangan komen Diyana Hani sahaja*
  6. Like page INI dan like INI jugak!

credit: Kak Mia Liana


Hadiah yang bakal dimenangi ialah :





  1. 3 Top Referral daripada blog MAZELINA & 3 Top Referral dari blog Diyana Hani - TSHIRT Running Man
  2. Seorang Pemenang bertuah dengan blog yang Cantik , Kemas , Menarik akan memenangi 1 Blouse Tribal & 1 Button
  3. 24 Orang Pemenang Cabutan Bertuah akan memenangi Tshirt Running Man
  4. Hadiah Saguhati kepada 4 orang blogger 

Jumlah hadiah : 34 Hadiah ^^

Syarat yang senang kan ? Jom Promote dan menjadi Top Referral . Hadiah tentu akan menjadi milik anda !

Pastekan URL GA hanya di entry Diyana Hani !

SYUKUR.. BN STILL LAGI MENJADI TONGGAK NEGARA..




Ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya tahun nie kan,, But its ok,,, Terima kenyataan ye kawan-kawan.. Tak boleh dah nak tunding jari pada kesalahan orang lain sahaja.. Kita kena ingat yang fitnah memfitnah nie lah yang boleh menimbulkan rusuhan kaum,, PM kita nie baik sebab sebenarnya dia nak satukan MELAYU,CHINA dan INDIA.. Tapi tengoklah sekarang nie..dah jadi tiada persefahaman dah..



Ramai yang bangkitkan isu UMNO buang Singapura.. Hey kawan,,,kita sudah didedahkan dengan mata pelajaran sejarah..dan kita tahu siapa yang layak memimpin negara Malaysia.. Biar Iqa ingatkan kay,, Singapura tu sebenarnye yang tak nak gabung dengan Malaysia..and singapura jugak nak buat republik sendiri selepas PAP menang besar pada suatu ketika dahulu.. Peristiwa dimana Lee kuan yew menaikkan isu perkauman cina..hingga menyebabkan tunku Abdul Rahman begitu kecewa.. 


Sebab tu lah sejarah amat penting dalam kehidupan kita ye.. Lagi satu pasal isu kenaikan harga barang seperti minyak,kereta,gula dan sebagainya.. untuk pengetahuan anda semua itu masalah ekonomi dunia..bukan BN yang tentukan semuanya tu,, Buka mata anda... syukur dengan apa yang kita ada sekarang nie.. Saya sedih bila perkara seperti ini berlaku,, UMNO daripada dulu hingga kini masih takut kalau keistimewaan orang melatyu dan bumiputera terjejas...


Dan kalau lah itu berlaku,,mahukah kita jadi seperti bangsa melayu yang berada di Singapura?? Mahukah kita belajar tinggi2 tapi di tolak untuk jadi kuli batak macam zaman dahulu.. IBU BAPA kita dulu teruk dikerjakan mereka..dihina,, dianggil bodoh... mahukah kita jadi seperti itu????


Sedarlah kalian..pasti nenek moyang kita menangis kerana usaha mereke mahu menyatukan kaum melayu lebur begitu sahaja... Sekarang lihat lah mereke.. yang sanggup bermusuhan sesama melayu hanya kerana menegakkan parti pembangkang.. subhanallah...



maaf ye,,pendapat iqa sahaja nie.. 


ingat slogan 1 malaysia.. berharap suatu hari nanti orang-orang islam,,china dan india bersatu untuk menjadi benteng menegakkan negara tercinta..amin... :')

BU BULAT TAK???



Masa LABOUR DAY hari tu..Ibu dan saya sedang sibuk terbongkok-bongkok menanam pokok..
huhuhu..patutnya labour day nie hari orang sibuk bercutikan,,Tapi Ibu saya tidak,,Dia lagi suka menghiaskan garden dia and taman orkid dia tu menjadi cantik sehingga dia puas hati dengan apa yang dia buat sendiri tu..


Bab tanam-tanam nie sebenarnye saya memang suka..Sangat-sangat suka sebab semenjak duduk rumah nie semua pokok bunga kat rumah ni lah yang iqa kena jaga..Semenjak tulah saya jadikan sebagai hobi saya..lagipun memang hujung minggu kitaorang suka Ber-garden..*ada ke ayat mcam nie??

Lagi satu,Jaga bunga lagi senang daripada jaga adik saya  dua orang yang suka sangat-sangat menyakat..boleh giler otak layan diorang nie..

Ok..masa tanam-tanam nie mesti lah kena ada cangkul kan..Jadi saya lah yang sediakan semuanya..Ibu saya nie tukang mengarh je..hehehe..

Tapi banyak bab tentang menanam nie.. Saya paling tak suka bila diarah mengalihkan pasu-pasu yang ada..pergh!!! sangat penat yo angkat itu pasu ma..

'Iqa,angakt pasu nie dengn adik dekat situ" bila dah letak.. "eyh,tak lawa lah letak situ,,galihkan kat situ lah nak???''  peh bila dengar ibu cakap macam tu..menangis oi nak angkat..nasib baiklah mental kuat.. Kalau tidak... Dah lama tak nak tolong ibu nie,*hehehehe ada sikit sifat kemalasan disitu..

Pernah jugak,,kiteorang just cakap nanti je sebab nak rehat jap..Bile keluar rumah..tengok-tengok ibu dah angkat sendiri pasu beso tu..*Ibu saya jaguh kampung ye,,huhuhu..
dia memng tak suka bila bagi alsan kejap-kejap nie...memang konpem dia pot-pet aje kejenye..hehehe

ok,,kitaorang haritu buat keje mula pukul 8.30 lepas breakfast..Keje ibu mencangkul..kadang-kadang tukar jugak kalau ibu dah penat..Yang kiteorang pulak..Dok cari batu bata untuk buat bulat keliling pokok tersebut..

selagi tak bulat,,selagi tu lah tak dapat masuk ye..Jadi saya dengan adik saya kecoh bergaduh buat bulat tu...tengok gambar bawah nie ya...




nielah yang kita orang dok sibuk bulatkan,,

sikit-sikit 'bu !!! bulat tak??? ' bila dia geleng..ermmm alamaknya kena pusing-pusinglah dekat situ sampai jadi bulat.. Dah letak batu nie,,angkat batu tu pulak,,,letak,angkat,,letak angkat..sampai lah pening duduk pusing dekat situ je.. ish !! lama-lama ibu sendiri yang bulatkan,,hahaha

Lawak giler bila ibu pun duduk pusing macam keliling kaabah tu..hehehe..Yang penting dia panggil big boss kitaorang.. Sambil dia pusing-pusing tu.. "pergi panggilkan ayah kejap,ayah mesti jadi kalau buat bulat' see tengok..nak kena panggil ayah jugak,,adoi..si adik merungut..hehehe


Bila ayah datang..' dah-dah dah bulat tu, awak nak bulat macam mana lagi" 'jap lagi lah bang dah nak siap nie' adoi bila ayah dah start bersuara..peh pecah perut gelak !!! memang lawak giler lh haritu.. Menangis kiteorang bila ibu dengar ayah bergaduh kerana bulat tak bulat tu..huhuhu.. Sampai kesudahnya jadilah bulatan tu...*tapi bulat lah sangt kan !!!


masak pukul 2 ok..sebab lepas mandi-mandi masing-masing tertydo berlonggok kat depan tv...
hmmm,cenggitu lah ceritanya..Gara-gara bulatan tu lah,,kiteorang penat.. haiyoo.. =)









Terima Kasih Ku Ucapkan padaMU



Alhamdulillah esok adalah penentu masa depan negara,,Jadi buatlah pilihan dengan bijak..Yang pasti undi itu rahsia..hehehe..Iqa bawah umur lagi..Jadi iqa tak leh nak masuk campur dalam isu politik nie..


Ok,,sebenarnye iqa nak ucapkan terima kasih dekat KAK SAIDATUL QIFAYAH A.K.A akak zana kita,,
pemilik blog  MONOLOGSEORANGHAMBA.COM ini...Terima kasih akak buatkan domain untuk kita nie,,huhuhu...


Kita makin semangat pulak nak buat entry seterusnya tau..Alhamdulillah,,syukur..
nie lah antara orang yang excited bila dapat DOT.COM sendiri,,huhu


Lagi sekali kita ucapkan terima kasih pada akak ye..FYI kita nie orang yang jarang update blog,,tapi setelah kita fikir dengan adanya DOT.COM nie,,Iqa mahu update semahunya..muehehehe


*nie bukan riak ye..cuma ada sedikit sifat rasa keinsafan dalam diri coz tak mahu majukan blog sendiri..
Korunk-korunk semua pun..rajin-rajinkan dirilah komen kat blog naif ye..Need ur support guesst!!!
owh ye,,awak jangan lupa pergi ke blog Monolog Seorang Hamba tu ye..banyak input yang kita boleh dapat jugak tau..lagi-lagi entry yang berkaitan pasal wanita,,serius best giler kalau baca..


last but not least,BERSYUKURLAH KITA DENGAN APA YANG KITA ADA...hehehehe


Senyum itu satu sedekah..muehehehehe..*perasan je iqa nie..


p/s :ingat ye mengundilah dengan bijak !!!!




SITI NURHALIZA BUAT 'GWIYOMI' BERSAMA SI COMEL..






Mari kita saksikan gwiyomi yang sangat comel daripada situ nurhaliza with umairah yang comel nie..
sangat-sangat comel nie..Perhatikan dengan penuh perasaan ye kawan-kawan...hehehe
selamat menonton... =)




ALHAMDULILLAH MENANG DOMAIN..





alhamdulillah,,iqa menang mega giveaway nie,,bersyukur sangat-sangat,,
pada mulanya si fayun nie lah yang bagi tahu iqa menang..hehehe,,iqqa ingat iqa tak akan memenangi apa-apa contest yang iqaa join,,rupanya iqa terlepas pandang nama iqa sendiri,*amboi sah lah kan iqa rabun nama sendiri,, nama orang lain nampak fulakkan...hehehehe


hehehe,,apa-apa pun..terima kasih sangat kepada sponsor yang mengadakan GA nie..
serius weyh!! iqa shock giler..huhuhu

owh,,lupa pulak nak cakap yang iqa menang domain selama setahun je..hehehe..

tanks once again...teringin jugak nak ada domain nie,,muehehehehe 

iqa tahu ramai yang dah pernah menang contest hehehe,,bagi kita peluang ya!!!