MISTERI POTRET MONALISA




bila kita tengok gamba nie..dalam fikiran kita dia hanyalah seorang wanita(monalisa) yang sedang tesenyum kepada pelukisnya(leonardo da vinci)..Tapi disebaliknya ramai yang cakap gambar nie banyak misterinya..Ada pelukis dan penulis berpendapat, potret Monalisa tidak mampu disaingi mana-mana potret sehingga kini. Senyuman, lirikan mata dan raut wajahnya menyembunyikan pelbagai perkara yang banyak pengertian. Demikianlah tingginya pujian diberikan kepada Monalisa yang dihasilkan oleh pelukis Leonardo Da Vinci, pelukis Itali yang hidup dalam kurun ke-15 Masihi..

cikgu iqa cakap..tak ada sapa yang tahu apa yang nak disampaikan oleh leonardo da vinci melalui gambar potret monalisa..memanglah sangat-sangat misteri,bagi yang tak ada asas seni tu..cubalah korang-korang rajinkan diri meneliti setiap raut wajah monalisa nie..kompom-kompom korang konfius kan..sebab tu dia(monalisa)di kategorikan sebagai wanita paling cantik kat dunia nie.even kita tak tahu sama ada perempuan nie awek kepada leonardo da vinci atau sekadar model kepada pelukisnya..atau imaginasi leonardo da vinci itu sendiri..




Senyuman gadis ini (monalisa)aneh sekali, jarang manusia memiliki senyuman misteri MonaLisa. Bentuk senyuman itu sentiasa berbeza kalau  dilihat dari sudut yang berlainan. para pengkaji terlalu taksub terhadap senyuman monalisa yang menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha mentafsirkan makna di sebalik senyuman monalisa itu.
satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci melalui potret berkenaan ialah posisi bebola mata Mona Lisa yang  akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.  tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Monalisa ialah siapa sebenarnya wanita ini..Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan yang dikemukakan oleh seorang doktor yang bernama Dr Lillian Schwartz dari Bell ialah dia menyatakan bahawa MonaLisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi wanita. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!

Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana kita memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan yang berbeza.Terdapat pertikaian bahawa MonaLisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan-akan  rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.


siapakah dia sebenarnya,,hmm,,kalau iqa dapat kaji dengan lebih mendalam mesti dapat tahu mesej tersirat yang ada dalam potret monalisa nie,,kawan-kawan apalagi,,lincah lah googleling jap.mana tahu dapat tolong leraikan misteri disebalik wajah monalisa nie kan..


1 ulasan:

terima kasih..AWOK yang sudi comment...appreciate it!